Perbincangan Program Kerjasama Yayasan Ar-Raudhah & UCTC-UPM

Syukur alhamdulillah, pada 30 Mac 2023 Yayasan Ar-Raudhah telah menjalani satu perbincangan mengenai cadangan untuk menjalinkan kerjasama dengan UCTC-UPM dalam menjalankan perkongsian dan pemindahan teknologi pertanian dan penternakan bagi membantu komuniti islam di Kampong Svay Pak, Pursat, Kemboja.

Hasil dari perbincangan dan cadangan program, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama di peringkat permulaan dan wakil dari UCTC-UPM akan ke Pursat, Kemboja pada 25 Mei 2023 untuk sesi pengenalan dan pemeriksaan tapak untuk menjalankan program di komuniti islam di Kampong Svay Pak, Pursat. Antara program yang akan dijalankan ialah pengenalan cara penanaman sayuran melalui teknologi Hydroponics.

Kongsi:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Catatan Berkaitan