Search
Close this search box.

Maahad Tahfidz Ar-Raudhah

Pengenalan

Pendidikan Al-Quran merupakan aktiviti utama Yayasan Ar-Raudhah dan sejak 2015 lagi Yayasan Ar-Raudhah telah menjalankan pendidikan berteraskan hafazan Al-Quran bermula dari Medan, Aceh, Kelantan dan sekarang di Kemboja.

Objektif

  1. Melahirkan generasi Al-Quran dan Hadith yang berwawasan yang cintakan Rasulullah dan Al-Quran.
  2. Meramaikan Hafidz dan Hafidzah di kalangan masyarakat Islam.
  3. Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran
  4. Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran

 

Pusat tahfidz yang di tubuhkan bukan sahaja menjalankan program tahfidz tetapi menyelenggara dan menjalan kegiatan dakwah, ekonomi dan aktiviti sosial untuk orang Islam setempat. Pengambilan pelajar adalah di khaskan untuk pelajar miskin dan anak yatim yang juga telah mencapai taraf kelayakan pendidikan yang terbaik. Sehingga sekarang, pelajar-pelajar pondok tahfidz ini telah melanjutkan pelajaran ke lebih tinggi seperti di Afrika Selatan, Indonesia, Malaysia, Mesir, Pakistan dan Libya di bawah biayaan Yayasan Ar-Raudhah. Pihak Yayasan Ar-Raudhah berharap dengan penubuhan sekolah ini ia dapat melahiran ulama dalam bidang Al-Quran dan hadith yang bukan sahaja cemerlang dalam urusan akhirat, juga berjaya di hari duniawi kelak.

Madrasah

Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudhah, Medan

Pondok Tahfidzul Quran (PTQ) Ar-Raudhah, Medan bermula tahun 2005 di Padang, Indonesia dengan 11 orang pelajar di sebuah rumah di Bandar Padang, Sumatera Barat. Kesemua pelajarnya terdiri dari anak yatim dan orang miskin. Pada Ogos 2007, operasinya berpindah ke Medan, Sumatera Barat. PTQ Ar-Raudhah Medan telah memenangi banyak kejuaraan. Pada tahun 2012, PTQ Ar-Raudhah telah mula bertanding dalam Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) di peringkat Sumatera Utara 2012 bertempat di Kotamadya Medan dan telah berjaya merangkul johan bagi kesemua kategori yang di tandinginya iaitu 30 juzuk, 20 juzuk dan 10 juzuk.

Padan tahun 2021, salah seorang pelajarnya Ahmad Tantowi juara 1 kategori hafazan 20 juruk peringkat Negeri/Provinsi Sumatera Utara dan telah mewakili sumut untuk peringkat nasional. Pada tahun 2022, salah seorang pelajarnya memenangi naib johan dalam pertandingan musabaqah fahmul Quran peringkat Negeri/Provinsi Sumatera Utara dan insyaAllah akan mewakili Provinsi Sumatera Utara pada peringkat kebangsaan pada bulan Oktober 2022 di Banjarmasin Kalimantan Selatan.

Pada pertengahan tahun 2021 telah beroperasi madrasah perempuan yang namanya Pondok Raudhatul Nur dengan pengambilan sulung seramai 26 pelajar.

Maklumat Umum

Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudhah
Dusun Jogja, Desa Sidodadi, Kacamatan Beringin,
Kabupaten Deli Serdang, Medan, Indonesia

Mula Beroperasi
1 Mac 2005

Mudir
Ustaz Hadi Kiram

Pondok Raudhatul Nur (Perempuan)
Sesa Bandar Labuhan, Gang Karya Utama,
Kacamatan Tanjung Morawa, Kabupaten Deli Serdang,
Prov. Sumatera Utara, Indonesia

Mula Beroperasi
15 Jun 2021

 

Pondok Yatim Ar-Raudhah (Tahfidzul Quran) Lhokseumawe, Aceh

Pada awalnya projek ini bermula dengan penempatan 25 anak yatim tsunami yang berlaku di Aceh pada tahun 2004. Penempatan ini bermula pada 10 September 2005 yang pada awalnya pondok ini di namakan Tsunami Orphan House. Kemudia berubah nama kepada pondok yatim PKPU Ar-Raudhah Lhokseumawe pada akhir tahun 2006 yang pada masa susah bertambah kepada 45 anak yang terdiri daripada yatim korban tsunami. Kemudiannya pada 1 Julai 2011, pondok ini di tukar menjadi sebuah pusat tahfidz yang di kenali sebagai Pondok Yatim Ar-Raudhah (Tahfidzul Quran). Pusat tahfidz ini bukan sahaja menjalankan program tahfidz, tetapi menyelenggara dan menjalankan kegiatan dakwah, ekonomi dan aktiviti sosial untuk orang Islam setempat. Pada tahun 2016, pondok tahfidz telah menambah pengambilan pelajar bukan sahaja terhad kepada anak yatim, tetapi juga kepada pelajar miskin dan biasa. Namanya juga telah di tukar kepada Dayah Ar-Raudhah tahfidzah Al-Quran. Alhamdulillah saat ini di tahun 2022, Pondok PKPU Ar-Raudhah telah bertambah kepada mampu menampung santri dapat menjalankan 3 sekolah SMA dan SD. Sehingga sekarang pelajar dari pusat ini telah melanjutkan pelajaran lebih tinggi di Lembaga Tahfidz Quran Ustmani Condet di Jakarta, Universiti Lhokseumawe, Aceh dan juga di Universiti di Malaysia.

Maklumat Umum

Alamat
Jalan Buloh Blang Ara, Desa Blang Weu Panjo,
Kacamatan Blang Mangat, Lhokseumawe, Aceh, Indonesia.

Mula Beroperasi
10 September 2005

Mudir
Hamdani ST

Maahad Tahfidzul Quran Ar-Raudhah, Kelantan

Maahad Tahfidz Al-Quran Ar-Raudhah Kelantan di tubuhkan pada tahun 2007 dan pengambilan pelajar sulungnya adalah seramai 15 orang. Matlamat penubuhan awal adalah untuk mengambil pelajar-pelajar miskin dan menjadikan mereka hafidz Al-Quran 30 Juzuk serta melatih jati diri dan berdisiplin tinggi serta berakhlak mulia.

Selepas 3 tahun beroperasi, pihak yayasan mendapati kaedah yang di gunakan adalah tidak sesuai dijalankan. Pada tahun 2010, rombakan di jalankan dan sistem baru di perkenalkan dimana selain tahfidz, pembelanjaran akademik juga di jalankan. Pengambilan pelajar setiap tahun adalah seramai 15 orang. Penekanannya adalah untuk melahirkan pelajar dan profesional yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah serta hafidz Al-Quran.

Maklumat Umum

Alamat
Lot 797, Kampong Perol,
16010, Kelantan

Mula Beroperasi
1 Januari 2007

Mudir
Ustaz Zainudin Awang

Website
www.arraudhah.edu.my

Maahad Tahfidzul Quran wal Hadis Ar-Raudhah, Kemboja

Maahad Tahfidzul Quran Wal Hadis Ar-Raudhah Kemboja mula beroperasi pada 15 Disember 2018 dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Kemboja. Pengambilan pelajar sulungnya adalah seramai 15 orang. Kebanyakan pelajarnya datang dari masyarakan Islam yang miskin dari seluruh Kemboja. Selepas 8 bulan beroperasi, pelajarnya telah meningkat kepada 55 pelajar lelaki. Penekanannya adalah untuk melahirkan pelajar yang hafidz 30 juzuk, fasih dalam hadis dan bahasa arab. Pada akhir tahun 2021, telah  bermula operasi hafidzah khusus untuk pelajar perempuan yang namanya  Maahad Tahfidzul Quran Wal Hadis Ar-Raudhah Lilbanat yang pengambilan sulungnya seramai 80 pelajar.

Maklumat Umum

Alamat
PH. Svaypak, KH. Prangil,
SR. Phnom Kravanh, Pursat

Mula Beroperasi
15 Disember 2018

Mudir
Maulana Sufian Yusof