Biodata Prof. Madya Dr. Zamri Bin Arifin.
Prof. Madya Dr. Zamri dilahirkan pada 25 Februari 1964 di Kuala Krai, Kelantan. Mendapat Sijil Pengajian Islam (1986) dari Kuwait University, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (1991) dan Ijazah Sarjana Pengajian Islam (1996) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah PhD (2005) dari University of Wales, United Kingdom.
Kini bertugas sebagai Profesor Madya di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM. Beliau mula bertugas di UKM sejak Oktober 1992 sebagai Tutor, Mac 1997 sebagai Pensyarah dan Disember 2006 sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti yang sama. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), sekarang ini merupakan Ketua Program Doktor Falsafah di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM. Bidang kepakaran beliau adalah Linguistik dan Dialek Arab dan Kesusasteraan Arab.