Search
Close this search box.

Pengenalan

Program Qurban Nusantara ini dianjurkan oleh Yayasan Ar-Raudhah, sejak tahun 2007. Pada mula hanya melibatkan melibatkan kakitangan BIT Group Sdn Bhd serta beberapa surau di Bandar Baru Bangi dan sekarang telah berkembang yang melibatkan masjid hospital dan syarikat GLC di Lembah Klang. Program ini melibatkan beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Filipina. Tumpuan di adakan program ini adalah di kampung-kampung terpencil yang penduduknya daif dan dagingnya dapat diagihkan kepada lebih ramai lagi faqir miskin di luar sana yang hanya dapat menikmati daging lembu setahun sekali.

Di samping menjalankan program Qurban, ia juga berfungsi sebagai tindak lanjut kepada program kemanusiaan lain yang dianjurkan oleh Yayasan Ar-Raudhah iaitu program sosial, pendididkan, dakwah dan ekonomi. Hasrat Yayasan Ar-Raudhah adalah untuk bersama berganding bahu dengan rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program yang di jalankan oleh Yayasan Ar-Raudhah untuk mencapai misi Yayasan Ar-Raudhah untuk menjadi badan NGO yang lengkap dan bersepadu dalam menerajui program pembangunan ummah yang holistik di Nusantara.

Kerjasama dengan berbagai agensi iaitu Hospital Selayang, Jabatan Kimia Malaysia, Syarikat BIT Group Sdn Bhd, Surau Darul Ulum – SMAPUTRA, Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Surau Al-Madani, Surau Al-Sobah, Surau Surau Damai & Surau Al-Ikhlas telah berjaya menyelesaikan sembelihan sebanyak 438 ekor lembu Qurban di sekitar Wilayah Pursat & Battambang meliputi kira-kira 200 kampung umat islam dan memberi manfaat daging Qurban kepada lebih 10000 keluarga miskin.

Sembelihan di jalankan pada 10 Zulhijjah bermula selepas solat sunat Eidul Adha sehingga selesai lewat petang. Lebih 22 orang sukarelawan sembelihan yang menjalankan proses sembelihan bagi mewakili agensi masing-masing.