Alhamdulillah, semalam Khamis 22 Februari 2024 telah berlangsung jamuan dan mesyuarat Perlaksanaan Program Ibadah Qurban bagi tahun ini. Majlis berlangsung dalam suasana santai.
Para hadirin iaitu wakil Masjid/ Surau dan para sukarelawan menjamu selera seawal jam 9.30 malam dan kemudian hadirin di sajikan dengan tontongan video program Qurban 2023. Pengurus Program Ibadah Qurban iaitu Cikgu Azam telah memberi penerangan mengenai perancangan perjalanan program qurban Kemboja bagi tahun 2024 ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini juga Yayasan Ar-Raudhah telah menyusun perancangan yang rapi dari segi pembelian bekalan lembu, penjagaan, makanan, persiapan kelengkapan, logistik, pendaftaran dan pembayaran penyertaan Qurban sehinggalah penyerahan foto serta video bukti sembelihan.
Semoga Allah merahmati semua usaha yang di lakukan para sukarelawan dan di permudahkan segala urusan dalam program qurban Kemboja 2024.