Search
Close this search box.

Markaz Iqra

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program Markaq Iqra boleh layari www.markaziqra.com.my atau telefon ke nombor 01161081909

Pengenalan

Markaq Iqra merupakan  satu cabang aktiviti pendidikan Al-Quran di bawah Yayasan Ar-Raudhah yang bermula sejak 2018. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan ilmu Al-Quran kepada masyarakat umum dari semua peringkat umur dan jantina. Kaedah pembelanjaran yang di gunakan adalah dengan mengunakan Kaedah Annuraniyah yang sangat popular di luar negara termasuk di Timur Tengah, Asia dan Eropah. Program yang dijalankan bukan sahaja terhad kepada membaca Al-Quran tetapi juga untuk membolehkan pelajar memahami kandungan Al-Quran. Untuk itu Markaz Iqra juga menawarkan pembelajaran bahasa arab untuk membolehkan pelajar dapat memahami Al-Quran sampai ke peringkat tertinggi. Markaz Iqra telah berjaya menerbitkan sendiri buku pembelajaran Al-Quran mengunakan kaedah Annuraniyah dan bahasa arab untuk kanak-kanak. Buku-buku ini di gunakan sebagai buku asas dalam pembelajaran dalam program di Markaq Iqra. Buku ini juga boleh didapati untuk orang umum.

Program Kami

Program Quran Al-Mahir

Program ini menawarkan pembelajaran Al-Quran secara berperingkat iaitu Asas, Tahsin dan Talaqi bersanad. Pelajar boleh memilih untuk belajar secara individu atau berkumpulan dengan kaedah online atau bersemuka. Sekarang terdapat hampir 100 pelajar yang belajar di 2 pusat program Al-Mahir iaitu di Kg Perol & Panji.

Tadika Annuraniyah

Akademi Annuraniyah adalah Program pendidikan tadika yang mengkhususkan pelajaran Quran dan bahasa arab kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Sekarang Akademi Annuraniyah beroperasi di alamat Lot 979, Kampong Perol, Kota Bahru, Kelantan