Search
Close this search box.

Kerjasama Program Tanggungjawab Sosial Yayasan Ar-Raudhah Dengan Agro Biotech Institute (ABI)

Perbincangan kerjasama perkongsian teknologi dan cadangan kerjasama program tanggungjawab sosial Yayasan Ar-Raudhah dengan Agro Biotech Institute (ABI)

Alhamdulillah hari ini berlangsung lawatan kunjungan hormat Yayasan Ar-Raudhah ke Agro Biotech Institute di Serdang, Selangor. Pertemuan sekitar 1 jam tiga puluh minit membincangkan cadangan menjalankan kerjasama dalam program tanggungjawab sosial (CSR) dan perkongsian teknologi tentang penyelidikan pertanian, perikanan air tawar, penternakan dan pembikinan baja untuk komuniti penduduk.

Yayasan Ar-Raudhah di wakili oleh Pengurus Besar dan Pengurus Hubungan Luar. Pertemuan di sambut baik oleh Pengarah ABI sendiri dan perbincangan dua hala di pengerusikan oleh Ketua Penyelidik ABI dengan 3 lagi pakar dalam bidang penyelidikan ABI.

Persetujuan kerjasama dua belah pihak dapat di capai dan pihak ABI bersetuju menggembleng tenaga dan berkongsi kemahiran dan teknologi untuk mengadakan program kerjasama tanggungjawab sosial.

Kongsi:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Catatan Berkaitan