Search
Close this search box.

Rombongan Delegasi Dari Maahad PTQ Ar-Raudhah Medan, Indonesia Ke Pejabat Operasi Yayasan Ar-Raudhah

Alhamdulillah, 1 rombongan delegasi dari Maahad PTQ Ar-Raudhah Medan, Indonesia telah tiba ke Pejabat Operasi Yayasan Ar-Raudhah HQ di Bangi dalam siri lawatan ke beberapa institusi yang berkait rapat dengan penerapan Al Quran dalam kehidupan.

Rombongan di sertai seramai 11 orang pelajar dengan turut di sertai oleh pegawai pentadbir Madrasah Ar-Raudhah.

Para pelajar di bawa melawat ke kilang pembuatan Al Quran ke 2 terbesar di Dunia iaitu di Nasyrul Quran Putrajaya, Kompleks Yayasan Restu Shah Alam, Institut Darul Quran Jakim Kuala Kubu Baru, Masjid Tuanku Mizan Putrajaya serta beberapa tempat lain seperti di Petrosains Suria KLCC dan Tasik Putrajaya.

Semoga dengan lawatan yang di buat dapat memberikan inspirasi buat pelajar untuk lebih berdaya saing dan lebih bersemangat dalam melengkapkan hafazan Al Quran masing-masing.

Kongsi:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Catatan Berkaitan