(Program Qurban Kemboja 2022) Lawatan ke Kampung Ottrao, Pursat.

Alhamdulillah dengan sokongan dan penglibatan banyak pihak serta berbagai agensi kerajaan, masjid & surau serta orang perseorangan, program menyantuni penduduk kampung, beramah mesra dengan penduduk kampung, menyampaikan sedikit sumbangan sedekah duit raya & makanan ringan kepada kanak-kanak dapat dijalankan.

Majlis yang cukup sederhana tapi sangat besar manfaatnya kepada penduduk kampung & kanak-kanak. Kelihatan riak wajah kanak-kanak cukup riang gembira mendapat duit raya, makanan ringan dan barang permainan yang disumbangkan oleh ahli rombongan ziarah & team sukarelawan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi sejuta kenangan manis buat peserta rombongan ziarah & team sukarelawan serta semoga menjadi ingatan terindah buat penduduk kampung diatas lawatan & sumbangan yang diberikan.


















Kongsi:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Catatan Berkaitan