Program Bantuan & Sumbangan kepada penduduk Kampong di Wilayah Pursat, Kemboja

Alhamdulillah, disamping menjalankan program Qurban, menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung, sumbangan bantuan kesihatan kepada para pelajar madrasah, ada juga individu yang menyumbangkan sumbangan peribadi contohnya sumbangan wang tunai untuk kegunaan Masjid di Kampong Svay Pak seperti kos pembaikan kerosakkan, sumbangan hadiah berupa jubah kepada Haji Yusuf iaitu Imam Masjid yang juga Ketua Kampung, sumbangan hadiah jubah kepada Ustaz Sufian Yusuf iaitu Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Walhadis Ar-Raudhah dan sumbangan hadiah jubah kepada Para Ustaz & Ustazah yang berkhidmat di Madrasah Tahfiz Al-Quran Walhadis Ar-Raudhah Kampong Svay Pak.

Para Imam, Mudir Madrasah serta para pengajar amat wajar untuk dihargai pengorbanan mereka dalam usaha membantu Pusat Islam Pursat menjalankan usaha dakwah bagi melahirkan insan yang hafiz Al-Quran dan cintakan Al-Quran.

Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat ganjaran dan rahmat yang lias daripada Allah Swt Yang Maha Kaya dengan Rahmat & Kasih Sayang.

Kongsi:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Catatan Berkaitan

Pelancaran Kelas Mengaji Al-Quran Al-Mahir

Kelas Mengaji Al-Mahir, Program Kerjasama Surau Al-Madani & Yayasan Arraudhah. Syukur kehadrat Allah swt, Yayasan Arraudhah telah melancarkan kelas mengaji asas Iqra & Al-Quran bagi

PROJEK TANAMAN PADI PURSAT KEMBOJA TAHUN 2022

Alhamdulillah Wa Syukurillah, Projek tanaman padi yang diusahakan oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Arraudhah (Yayasan Arraudhah) di Pursat Kemboja telah memberikan kejayaan