Kelas Mengaji Al-Mahir, Program Kerjasama Surau Al-Madani & Yayasan Arraudhah.
Syukur kehadrat Allah swt, Yayasan Arraudhah telah melancarkan kelas mengaji asas Iqra & Al-Quran bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun.
Kelas Mengaji Al-Mahir adalah salah 1 program amal (CSR) Yayasan Arraudhah di Bandar Baru Bangi yang tidak mengenakan yuran bulanan kepada kanak-kanak ingin belajar mengaji asas.
Kelas dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu kelas pagi, petang & malam. Walaupon kelas baru saja bermula, kehadiran sangat menggalakkan daripada ahli kariah Madani dan kariah beberapa surau sekitar Madani.
Semoga usaha program amal ini mendapat rahmat daripada Allah swt.



